Pertubuhan Belia Islam Sejagat
Tuesday, August 10, 2010
Maksud Logo PBIS
- Padi emas membawa maksud di mana pertubuhan ini ditubuhkan pertama kali dan sepenuhnya di negeri Kedah Darul Aman. Tambahan lagi negeri Kedah sudah sememangnya menggunakan lambang padi sebagai tanda menunjukkan ianya Negeri Jelapang Padi.
- Pedang yang bersilang bermaksud semangat dan keberanian dalam diri setiap ahli dalam melakukan sesuatu.
- Bintang warna merah menunjukkan keberanian yg tersemat dalam setiap ahli
- 4 warna di bawah kalimah Lailahaillallah iaitu warna putih, kuning, merah dan hitam membawa maksud suci,kedaulatan,berani, dan semangat juang.
- Perkataan yang terdapat dalam logo iaitu Allah, Muhammad, dan Lailahaillallah memberi simbolik bahawa pertubuhan ini adalah sebuah pertubuhan belia Islam. Ianya ialah Tuhan serta Rasula Nya dan Lailahaillallah bererti ’Tiada Tuhan Yang di Sembah Melainkan Allah S.W.T’
Pertubuhan Belia Isam Sejagat
Pertubuhan Belia Islam Sejagat telah ditubuhkan sepenuhnya di kawasan Sungai Petani, Kedah. Hasil dari perbincangan dan musyawarah sekumpalan belia islam di kawasan ini, maka tertubuhan pertubuhan ini dengan jayanya. Sekarang pertubuhan ini sedang dalam proses pendaftaran dengan Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia. Kami juga sedang dalam proses pengambilan ahli-ahli dari sekitar negeri Kedah. Setiap pendaftaran akan di selia dahulu oleh AJK keahlian agar pengambilan ahli dapat dijalankan dengan lebih lancar. Diharap semua umat Islam di Malaysia dapat memberi sokongan kepada pertubuhan ini agar ia nya menjadi sebuah pertubuhan yang berjaya dan dapat menyumbang bakti kepada umat Islam. Amin!
Subscribe to:
Posts (Atom)